Tuesday, April 28, 2009

tentang aku

semalam..aku menemani mama bekerja..(mama bekerja di makmal intergrasi HTJ).. sudah menjadi kebiasaan sekiranya mama 'on-call' aku pasti menemani..dengan rela dan kadang kala dengan paksaan :-) .. sedang aku leka bemain game,ada satu suara menegur aku..dari belakang..agak terkejut juga.. hehehe..seorang doktor rupanya..meminta result pesakitnya..(ketika itu mama sedang tidur)..lalu aku mengejutkan mama..doktor itu bertanya kepada aku "kamu bukan bekerja di sini kah?"
lalu aku menjawab...
"tidak...saya anak kepada orang ini..(tangan ku menunjuk ke arah mama)

doktor itu berkata lagi...

"owh,saya sangka kan kamu bekerja disini"

saya cume membalas dengan senyuman...


ini bukan lah kali pertama aku diajukan dengan soalan sebegini..rasa nya sudah tidak terkira dengan jari-jari tangan dan kaki ku ini..:-)


antara sebab aku diajukan soalan sebegini kerana :-
-aku sering kali berada di makmal itu tidak kira siang atau malam..
-aku sering kali dilihat melakukan tugas-tugas yang sememangnya dilakukan oleh mama..
-aku tidak berasa janggal berada di hospital..


aku juga sering ditanya "tidak takutkah aku berada di hospital waktu malam?"..."tidak kah aku berasa tidak selesa dengan bau 'hospital'?"..
tidak terjawab aku dengan pertanyaan sebegini... kerana hospital itu ibarat rumah aku.. seawal usia 2 bulan aku sering dibawa oleh mama jika mama bekerja di waktu malam..malah aku serta adik beradik ku sering 'berkampung' di hospital sekiranya abah dan mama bekerja di waktu malam..(abah juga seperti mama ketika itu).. masih segar di ingatan ku pabila menjelang malam aku,kakak,abang dan adik bermalam di hospital..kemudian bila di hening subuh kami dikejutkan dari tidur untuk bersiap ke sekolah..yaa..kami mandi dan bersarapan di hospital..(baju sekolah dan beg sekolah sudah di bawa awal2)..tamat waktu persekolahan kami tidak seperti kanak-kanak lain yang aka pulang ke rumah..kerana kami akan terus di bawa ke hospital dan menunggu sehingga mama dan abah menyelesaikan tugas..semua ini menjadi rutin kami sehinggalah kami menginjak usia remaja.. hospital itulah tempat aku bermain dan membesar..sehinggakan aku agak dikenali di situ.. oleh itu aku sendiri tidak tahu bagaimana kah bau 'hospital' seperti yang rakan-rakan ku katakan..kerna bagi aku bau itu adalah kehidupan ku.. dan aku tidak pernah berasa takut ketika berada di sana hatta tika bersendirian di waktu malam yang sunyi..kerna kesunyian itu sudah sebati di dalam hidup ku.. dan segala tugas-tugas di makmal aku boleh melakukan nya walau aku tidak pernah mempelajarinya di mana-mana institusi..kerna pengalaman itu adalah guru bagi ku.. kini walau sudah 20 tahun,aku tidak pernah jemu berada disana malah kadang kala aku akan berfikiran bahawa aku pasti merindui tempat itu pabila mama sudah pencen nanti.. dan aku merasa cukup istimewa kerana melalui pengalaman yang sukar di miliki orang di luar sana..

*
semua orang menyangka kan aku akan mewarisi kerjaya mama,tapi hakikatnya aku tak berminat langsung dengan bidang perubatan walau di kelilingi dengan semua itu..hehehe..sedih juga mama ku..


3 comments:

  1. awAK kan awak dh cite kat sy yg nih...hehehe...awak ari 2 ade antu kat spital awak 2..hahahaha...awak mlm kan selalu sembng ngan antu..hehehe awak kan penah sepak semua antu2 tu sampai dia pulang ke tempat asalnya berani la awak ni...hihihi..ikat awak kat pokok kang br tau..

    ReplyDelete
  2. suke ati arr nak citer berape kali pon..menyebok je lah die nie..terajang kang..

    ReplyDelete
  3. hahahaha terajang la kalu dapat sy tungu nih!!!

    ReplyDelete